Terima Kasih Awak

eerrr...

Wednesday, August 25, 2010

penipuan seorang ibu,,

ketika kita di dlm rahim ibu, menendang2 dr dlm, ibu akan mengusap perutnya sambil tersenyum dan berkata 'inilah kebahagiaanku,,' ketika kita dilahirkan dan diazankan, segala derita kesakitan ibu tidak diendahkan, dan sambil menyusukan kita beliau akan berkata 'inilah hartaku' walaupun ibu menganggap kita sebagai harta dan bahagianya, ibu sedarkah anda bahawa ibu sering menipu kita,,di sini saya akan menyenaraikan penipuan yang dibuat oleh seorang insan yang bergelar ibu : 1) ketika kita berusia 3 tahun dan merengek minta dibelikan mainan seperti rakan yang lain, ibu akan berkata ' esok ibu dapat duit nasi lemak, ibu belikan ye,,'penipuan pertama ibu 2) ketika kita berusia 7 tahun dan menginginkan makanan yang sedap walhal ibu hanya mampu menyediakan ikan kering, ibu akan berkata 'anggap saja ikan ini ayam,,orang lain pun suka makan ikan kering,,' penipuan kedua ibu 3) ketika kita berusia 11 tahun dan ibu hanya memerhatikan kita makan, kita mengajaknya makan, ibu akan berkata, 'makanlah, nak. ibu x lapar lagi,,' penipuan ketiga ibu. 4) ketika kita berusia 12 tahun dan melihat ibu hanya makan selepas kita makan, ibu akan berkata 'kamu budak kecil lagi,,perlu makan banyak' penipuan keempat ibu 5) ketika kita berusia 15 tahun, dan berkat usaha dan doa ibu, kita berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, ibu akan berkata 'ini semua berkat usaha kamu,nak' penipuan kelima ibu 6)ketika kita berusia 19 tahun dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, jarang sekali kita menghubungi ibu, ibu akan berkata ' kamu belajarlah bersungguh-sungguh, pandailah ibu jaga diri' penipuan keenam ibu 7)ketika kita memerlukan perabot baru untuk rumah baru kita, kita akan menelefon ibu dan ibu akan berkata 'ibu akan dapatkan yang terbaik untuk kamu,,' 8) ketika kita berusia 23 tahun dan semakin jarang dapat meluangkan masa pulang ke kampung, ibu akan berkata ' ibu dah biasa dah duduk rumah ini sorang, x yahlah kamu risaukan ibu,,' penipuan ketujuh ibu 9) ketika kita berusia 24 tahun dan berhasrat untuk berkahwin, kita akan menangis di depan ibu, tidak mahu berjauhan dengannya. tapi ibu datang mengusap air mata kita sambil berkata ' pergilah, nak. kamu bukan hak ibu lagi,,ibu rela lepaskan kamu.'penipuan kelapan ibu 10) ketika ibu semakin tua dan mula diserang penyakit, ibu akan berkata 'ibu x apa2,,pening sikit je ni' penipuan kesembilan ibu 11) ketika saat ibu pergi semakin hampir, kita menangis meminta ampun, ibu akan berkata ' kamulah anak terbaikku, amat senang menjagamu, tuturmu padaku amat mendamaikan,,kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku,,tidak pernah sekali pun kau mengguris hatiku,,'penipuan terakhir ibu,, baru kita sedar kini bahawa ibulah insan yang paling banyak menipu,, love u mom! thankz for all the lies that u make!

0 Orang berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...