Terima Kasih Awak

eerrr...

Friday, September 17, 2010

adakah DIA kawan saya?

Hidup ini memang rumit kan? Kita ada kawan tapi xsemua boleh mendengar apa yang kita hadapi. Kita ada kawan tapi tidak semua dapat memahami. Kita ada kawan Tapi tidak semua boleh dipercayai.
Namanya kawan tapi masih mengata dibelakang. Namanya kawan tapi masih menyimpan rahsia dari kita. Namanya kawan tapi tidak disamping bila diperlukan.
Apa erti kawan yang sebenar bila semua cuba menunjukkan mereka bagus dengan mempekecilkan yang lain. Apa erti kawan bila yang diberikan bukanlah nasihat tetapi kritikan. Apa erti kawan bila tentang kita diceritakan.
Kawan itu sepatutnya seseorang yang memahami, yang mampu mendengar segala luahan hati kawannya, yang mampu memberi dorongan yang baik, yang tidak mengata buruk tentang kawannya, yang memberi sokongan kepada kawannya.
Apakah makna KAWAN pada zaman sekarang sudah berubah. Kita takut untuk berkongsi cerita kerana takut dikutuk, kita takut berkongsi rahsia kerana bimbang dibocorkan, kita takut menunjukkan diri kita yang sebenar kerana khuatir disisihkan. Adakah Dia boleh digelar sebagai kawan?? Sedarlah wahai sahabat, tiada seorang pun di dunia ini sempurna. Mungkin hari ini kamu tidak merasainya, tetapi suatu hari nanti kamu akan tahu betapa pentingnya memiliki KAWAN YANG SEBENAR.

0 Orang berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...