Terima Kasih Awak

eerrr...

Monday, May 30, 2011

perkara yang kalau aku buat mak pasti marah sampai keluar bunyi ggrr~

assalamualaikum. morning semua. apa jadual korang hari ni? aku ada klas macam biasa. orang lain sibuk bercuti semester sambil cari kerja part time nak tambah pendapatan, aku and the geng kena pergikelas menimba ilmu demi segulung ijazah! cewah, kemain lagi. okeh. korang biasa tak buat habit yang bila korang buat je mula lah mak korang membebel tak ketentuan hala. mesti ada kan? aku ada banyak, tapi aku listkan tiga je la ea. lets check it out~ habiskan makanan kat pinggan sampai licin berkilat, pastu baru tambah nasi baru ha, aku selalu sangat buat habit ni. bila nasi yang terakhir dah disuap masuk ke dalam mulut, barulah hati ni terdetik nak tambah nasi lagi. padahal aku dah sendawa dekat dua tiga kali jugak lah. agak tak senonoh kan? ish2 anak sapa la ni. lagipon kan, sebenarnya lauk yang mak aku masak sedap sangat. tak sampai hati kalau tak tambah lagi. wuuu~ makan sambil menatang pinggan kalau makan sambil ngadap tb, lagi2 masa tengok cerita melodi yang sensasi tu, aku pasti akan tertatang pinggan tu secara tak sengaja. bila dah abes makan baru perasan rupanya jarak pinggan aku dari lantai jauh bebeno. tu lah, syok sangat tengok melodi. eh, korang tau kan apa tu menatang pinggan? alah, kita makan sambil angkat pinggan tu. kira kalau korang makan bersila tak letak pinggan tu kan lantai. faham kan? bagus~ baring meniarap sambil angkat kaki 90 degree habit yang ni pon aku selalu tak sedar aku dah terbuat. biasalah kan bila dah baring maniarap sambil buat homework tu, pasti kaki naik sendiri. bila tetiba terdengar suara ala2 ning baizura menjerit2 'kak, turunkan kaki tu lah. nak kena potong ea?'. masa tu, barulah aku sedar yang kaki aku dah tak selari dengan badan. patotnya mak aku bebelkan kaki aku tu je, bukannya aku. dia yang nak naik sendiri.aku tak da suruh pon. muahaha bukan aku tak pernah tanya mak aku, apa pasal mak aku beria2 marah. padahal bukan apa lah sangat kan. balik2 mak aku akan cakap macam ni. 'tak elok lah buat macam tu. dah orang tua cakap tak elok, tak elok lah. degil betul budak ni tau.' 'ala mak, mesti ada sebab yang spesifik kenapa tak boleh buat macam tu kan.' 'dah nenek kau pesan, cakap tak boleh, tak boleh lah. mak pon dah pernah kena marah tau sebab tanya macam ni dulu2.' 'oooo...' 'lagipon, kan tak manis kalau di pandang orang. lagi2 kau tu anak dara. aish. faham?' 'faham mak.' hehehehe.

Sunday, May 29, 2011

belajar kat politeknik tak bagus?

assalamualaikum. aku baru lepas makan nasi minyak kat kenduri orang kahwin kat kampung aku. 3 minggu berturut2 kat kampung aku ada majlis kawen. nampak na dorang semua dah besar kan, termasuklah aku. aku cuma menunggu hari je la bila putera raja nak masuk meminang. lepas makan tu, aku borak lah dengan makcik aku. tanyalah anak dia dapat politeknik mana kan. harap2 dapatlah yang dekat kat johor je. senang sikit nak menghantar. nak balik rumah tiap minggu pon boleh. bila cek, dapat nun jauh dekat dengan thailand dah. tak pelah, belajar berdikari sikit. nanti dapat jugak makcik aku jalan2. bukan selalu pon kan dapat jauh2 ni. tetiba, makcik aku cakap. 'ada orang tu cakap, politeknik ni tak berapa bagus.' 'eh, siapa cakap cik ikin? ok lah politeknik tu. orang tu siapa nak ukur politeknik ni bagus ke tak? anak dia dah pernah masuk situ ke?' 'entahlah. cik pon tak tau nak cakap macam mana.' bagi aku lah kan, bagus tak bagus sesebuah institusi tu bukan kite yang tentukan lah.semuanya terletak kat individu tu sendiri. kalau malas belajar, komfem2 lah result tak elok. pastu, bila result tak elok, nak ngadu kat mak bapak yang tempat tu tak bagus. kepala lutut hang la. pandai2 je buat andaian sendiri. dasar diri sendiri tak usaha, nak salahkan orang lain pulak. semua tu terletak pada diri lah. janganlah pandai2 cakap kat orang lain tempat tu tak elok, tempat ni tak elok. macam meruntuhkan semangat orang tu nak belajar je. bagi aku, semua tempat menuntut ilmu tu bagus. nak menimba ilmu kan. lain lah kalau nak buat maksiat. yang tu memang sangat2 tak bagus. kepada mereka yang nak sambung belajar tu. kat mana2 pon elok, yang penting semangat dan usaha. okeh?
malaysia boleh!! yeah!!

Tuesday, May 24, 2011

menyauk ikan di parit banyak syok weh

Assalamualaikum.

Masa zaman korang kecik-kecik kan, pernah tak korang buat aktiviti tak berfaedah yang manakalau mak korang tahu, komfem-komfem kena libas guna tali pinggang hitam. tak pon, kena sebat guna rotan nipis yang panjang? Mesti pernah kan?

Aku ada. tangkap ikan guna sauk kat parit. Korang pernah? hehe

Jarak rumah aku dengan parit, tak da lah jauh bebeno. sekangkang kera je pon. Tak sempat nak berpeluh, dah sampai. Aktiviti sauk manyauk ikan ni paling seronok di lakukan bila lepas hujan. feel dia, peh! macam kau tangkap ikan guna jala tau. Padahal kedalaman dia tak sampai lutut pon.

Hasil yang aku dapat, tak da lah lumayan mana. Paling koman pon, dapatlah ikan seluang, ikan putih. Aku paling teruja kalau tetiba dapat anak ikan keli. Dia punya kegembiraan ikut macam kau dapat duit sehengget. Nak dapat ikan keli tu pon, ikut naseb dan masa gak. Kalau air cetek paras buku lali, jangan mimpilah nak dapat ikan best-best.

Ikan-ikan tu semua aku bawak balik dan aku letak molek-molek dalam balang. Siap ambil rumpai yang ada kat parit tu, konon-konon sebagai makanan ikan tu lah. Pastu, esok pagi nya, aku pon cek lah kesihatan ikan-ikan tu, tengok-tengok semua dah mati.

Peh! Penat-penat aku tangkap, dorang pergi bunuh diri pulak. Tapi aku tak give up macam tu je, petang tu jugak aku pergi menyauk lagi.muahaha

Banyak-banyak ikan kat parit tu, ada satu ikan ni, kau tangkap guna tangan pon, dah boleh dapat dah. Budak 4 tahun pon reti tangkap ikan ni. Aku panggil ikan julung-julung. Dia punya mulut panjang tak terkata. Aku syak ikan julung-julung ni adik beradik ikan todak lah. Panjang teramat. Tapi yang ni spesis kecik punya. Naseb baik lah muncung dia tak tajam. Kalau tak, tak da maknaya ktorang nak tangkap.

lebih kurang macam ni lah rupa ikan julung2 tu. tapi ekor ikan yang aku selalu jumpa tu lain sikit.

Tapi kan, macam tak thrill la kalau pergi parit setakat nak tangkap ikan julung-julung ni. Kena bahan je nanti weh. Baik korang duduk rumah tengok teletubies sambil makan jajan mamee monster tu.

Ada sekali tu, aku ondway nak pergi mengaji. Kebetulan lepas hujan. Apa lagi, aku dengan adik aku, laju-laju singsing seluar sampai paras lutut, pastu berjalan lah kitorang dalam parit tu. Nikmat dia, macam kau jalan kat kutub utara. Sejuk kemain. Siap ada kakak tu tegur macam ni.

‘weh, kau kalau dah angkat seluar paras lutut, tapi pakai tudung, macam tak gunalah. Baik kau tanggal je tudung tu. Duduk je dalam parit tu, tak payah pergi mengaji.’

Huh! Aku diam je lah. Nak melawan, pangkat dia kakak. Tapi dalam hati, ‘suka hati aku lah. seluar aku, bukan seluar kau.’

Masa dulu-dulu, aku suka je pergi mengaji pakai baju kurung dengan seluar. Tak guna kain. Pelik kan? Tapi aku tak rasa pape sebab bebudak lain pon pakai macam tu jugak. Dah macam trend tau.

Fuhh! Naseb baik lah, dulu-dulu aku tak ada mamat hensem lagi. Semua jenis-jenis yang comot lagi. kalau tak jatuh saham.

Sunday, May 22, 2011

bakal menantu dibelanja

hye you all~!! i got bad flu today. pfftt. ok semalam tengah hari my hubby datang rumah. sebab semalam aku nak pergi jumpa my hubby dekat utm, mak x bagi bawak kereta sorang-sorang. haishh.. so mak cakap, kalau nak jumpa sangat, suruh je iqbal tu datang rumah. aku dengan gembira nye call die and suruh datang rumah. die pun cakap perlukan internet and since wireless rumah aku laju, baik die datang rumah aku dari duduk kat starbuck tu. sampai-sampai je, main-main dengan tuan muda dulu pastu terus die bukak laptop. aku ingat die nak buat kerja tapi pergi main game online pulak. porachi! pastu mak aku balik rumah and cakap nak belanje my hubby makan dekat seoul garden, KSL City. sebab haritu my hubby tolong jadi bibik masa aqiqah asyriq. aku time tu da la tengah kenyang lagi sebab pagi tu aku da bantai breakfast mcD ( pancake, sausage mcMuffin, hashbrown and akak aku punye big breakfast sikit). rase rugi je makan breakfast. pfftt hancur diet! oh.. and asyriq dapat patung baru, patung upin. beli dekat KSL city. die sekarang kalau tengok citer upin ipin nanti die ketawa je. haha my hubby main cak-cak gune patung upin pun die boleh ketawa. comel!
my hubby dengan bakal anak buah die.. haha
asyik main game je kerje die.
balik rumah je, my hubby terus sambung main game die. aku pulak bosan tengok die main game, aku sambung tengok cerite korea ( iljimae) sampai la pukul 6. mak aku suruh aku dengan hubby aku kept the secret yang we all makan dekat soeul garden dari adik aku. kalau adik aku tau yang kitorang makan dekat SG, habis la 1 rumah die mengamuk. hahaha
patung upin baru untuk asyriq
die main game, aku tengok iljimae. ouh lee jun ki!
kucing gemok ni pun ade.
asyriq fikri @ tuan muda
ok that's all.. we had fun yesterday. and today, we will meet again at utm! yay!!
tengah nak amik gambar pun sempat main game.
p/s: xnak balik utm! xnak balik utm! to all accounting students utm, wishing all of you "welcome back to utm" haha.. selamat ber- short semester you guys! tulis entry cikit je sebab xtahan flu yang teruk giler.
xoxo

Friday, May 20, 2011

tragedi di majlis doa selamat

assalamualaikum.

Ini kisah tiga tahun lepas. 10 mei 2008. Hari sabtu. Tak silap aku.

Pagi itu :

Aku dan mak aku sedang sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk majlis doa selamat aku untuk sambung belajar ke kolej matrikulasi. Beraneka juadah mak aku sediakan. Pulut kuning, mee tauchu, kuih muih yang sedap-sedap. Memang terliur lah kepada sesiapa yang memandang.

Petang itu :

Aku dan mak aku menunggu kehadiran saudara mara aku. Hanya keluarga terdekat sahaja yang kami jemput. Cukuplah sekadar memeriahkan majlis. Selesai doa di bacakan oleh nenek aku, maka acara makan-makan pon bermula. Waktu itu, semua insan bergembira menikmati hidangan yang telah di sediakan. Tiba-tiba datang seorang perempuan yang aku kenali ke rumah dengan menaiki motorsikal.

‘assalamualaikum.’

‘waalaikumussalam.’

‘eh, cik limah ada anak lelaki kan?’

‘aha, memang la da. Kenapa?’

‘betul kan dia ada anak lelaki? budaknya kecik-kecik je?’

‘ha, yela. Memang ada. Tapi kenapa?’

‘kite rasa budak yang accident tu anak cik limah la.’

‘ha? Kat mana?’

tanpa sempat menyarung selipar, mak aku terus naik membonceng motorsikal temanku ke tempat kejadian. Raut wajah mak aku kelihatan gelisah. Aku terus mencapai kunci motor dan mengekori dari belakang.

Sampai di tempat kejadian, aku lihat motor yang adik aku tunggangi, sudah tidak kelihatan seperti motor. Mak aku pula sedang memeluk erat adik aku yang no 4 itu. Penuh darah di muka dan dan kaki nya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mak tika itu.

Aku fikir hanya dia seorang sahaja yang terlibat. Rupa nya,adik aku yang bongsu turut bersama accident pada waktu itu. Nasib baik, adik yang bongsu tidak apa-apa. Lantas, sepupu aku yang pada waktu itu memandu kereta terus membantu menghantar adikku ke hospital.

Setelah bertanya kepada mereka yang menyaksikan kejadian tersebut, rupanya adik ku telah di langgar oleh seorang perempuan yang juga jiran sekampungku. Yang paling aku tak puas hati. Adik aku punyalah teruk jadi mangsa, orang yang melanggarnya, hanya sibuk memikirkan HENPON nya yang hilang. Aku macam nak cekik-cekik je pompuan tu masa tu. Apa entah yang penting sangat.

Pada keesokkan harinya, hanya abah ku dan adik lelaki ku yang no 3 sahaja yang menemaniku menghantar ke matrik. Tidak tergamak rasanya hendak meninggalkan adikku yang kemalangan seorang diri di rumah.

Sepatutnya, hari yang bahagia dan indah itu akan berakhir dengan gelak ketawa, namun hanya kesedihan yang menghantui keluarga kami. Nasib baik bukan nyawa adikku yang melayang.

Tuesday, May 17, 2011

makan cokelat hari2 memang seronok, lagi2 yg free, tapi bila berat badan naik tu yg tak seronok. :(

assalamualaikum. morning semua!! ceh2, kemain hepi aku sekarang ni. macam2 aktiviti aku dok buat kat rumah. memang tak pernah dok diam. tapi yg paling seronok, ialah dapat tido lame2 tanpa gangguan sesiapa, kecuali nyamuk durjana. ggrr~ biasalah, kampung aku kan banyak hutan, nyamuk tu memang dah jadi kawan dari kecik. tapi ni jenis kawan yg makan kawan. cis! sekarang ni, dah duduk rumah nafsu nak makan tu, tinggi melambung kemain lagi. kalah saham kat BSKL tu tau. tapi masak makanan yg mak masak je lah. nak masak sendiri memang pemalas. hari itu, aku jenjalan p econsave. cari barang adik aku lagi. apa lagi yang tak cukup, aku pon tak tau lah. biasalah pompuan kan. maka, aku menggunakan peluang yang ada menyeru adik aku agar belanja aku cokelat. hehe jahat bukan? apa aku kusah. lalala~ maka, dapatlah aku benda alah ni. tadaa~ kemain lagi aku melantak. tak toleh kiri kanan. yela orang belanja kan. aku siap pesan 'thanks sa. kalau kau belanja akak cokelat ni hari2 pon tak pe sa. sedap tau. lagi2 mase dia cair dalam mulut. peh. terasa nikmatnya tau.' tapi kan, bila fikir balik, tak payah la beli hari2, kang aku asek makan. bila dah asek makan cokelat yang banyak kalori ni, mau mencanak-canak naik sampai 70-80kg aku nanti. buruk bebeno la. dah macam gajah pon ada nanti. dah lah nak bersenam kemain susah. nanti aku dok membebel sensorang lemak dah timbul2 lah, baju tak muat lah. mak aku memang malas nak melayan. ggrr~ dah melepas nak makan cokelat free hari2. nak kurus punya pasal. :(

Monday, May 16, 2011

sanggup kaut untung untung dengan cara keji

Assalamualaikum.

Sedihlah dengan sikap masyarakat sekarang. Sanggup menipu orang ramai semata-mata nak dapatkan untung lebih. Tak pernah ke dorang terfikir balasan yang bakal dorang terima satu hari nanti.

Siapa tengok berita hari tu? Bulletin utama tv3? Ye, itu berita dah lame. Aku tetap nak cerita. muahaha

Ada ke wajar, peniaga menggunakan barang yang dah luput tarikhnya, dibungkus semula dan di jual kepada orang ramai. Yang dah luput tarikhnya dekat 3 tahun pon ada. Barang-barang tu dorang ambil dari tong sampah. Antaranya serbuk coklat, susu, teh.

Aish, macam dah tak da kerja lain je sampai barang dalam tong sampah pon nak dijual semula. Kalau yang di ambil tu tin2 atau botol plastik dan dijual kat kilang besi buruk, tu tak pe lagi lah. Memang di galakkan kitar semula kan. Tapi, kalau isi dalamnya pon nak di kitar semula, apa kes.

Dorang ni memang tak berhati perut lah. Kalau tetiba pengguna-pengguna barang tersebut dapat penyakit, tak ke naya. Dorang siap buat aiskrim Malaysia lagi tau. pastu jual kat budak2 sekolah. Budak-budak kecik, komfem-komfem lah suka kan. Dorang Nampak sedap, terus je beli dan makan tanpa hiraukan orang lain.

Mak aku cakap, kalau barang2 pon dorang guna barang yang dah luput tarikhnya, air yang dorang guna untuk bancuh barang2 tu semua untuk buat aiskrim, komfem-komfem la guna air paip je kan. Orang yang jalankan perniagaan ni kat Selangor. Entah2 kat tempat lain pon ada. Mana tau dorang dah bukak cawangan ke kan.

Memang patut pon dorang kena tangkap. Tak pasal-pasal ada kang orang yang mati sebab keracunan makanan. Nasib baik polis cepat bertindak. Menakutkan betul lah. Ingatkan orang yang simbah2 asid tu je yang membahayakan.

Pasni, hati-hatilah dalam memilih makanan tu. Pastikan, tarikh luput tu dulu. Okeh?

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

aku pun menjawab dengan yakin dan lantang....

Tadi aku pegi ke shopping kompleks dengan family aku. Time cari barang dapur kitorang adik beradik(5orang) cari milo tin. Cari punye cari punye cari xjumpe jugak, yang ade milo dalam packet je jadi kitorg xamek la. Abang aku pun cakap "kalau xde milo kite amek neslo la." Aku cakap "neslo dalam packet sikit je." Adik perempuan aku pulak cakap "amek holick la." Aku cakap "holick xmau la". Pastu tetibe adik lelaki aku tanye abang aku tapi aku dengar jugak..die cakap.. "abang, kopi campur teh ape?" abang aku jawab "ntah xpenah cube pulak". Adk permpuan aku jwb "sakit perut". Aku pun fikir punye fikir punye fikir dan aku pun menjawab dengan yakin, kuat dan lantang.. "KO TEH!!" Lepas tu sume adk bradk aku ketawe..aku masih terpinga-pinga..kemudian aku tersedar sendri. Abang dan adk perempuan aku pun cakap, "kitorang saje je buat tak tahu sebab kitorang tau dia(adk laki aku) saje je tanye hahahaha". Aku pn tersipu sengsorang sebab ade lelaki pulak sebelah aku tu..adoiii mesti die fikir aku xsenonoh huhu..hampeh punye adik bradik..yang aku ni pun stu knpe la lurus sangat ayoyo..~~ moral of the story : fikir dalam2 sebelum cakap n kalau xpenting xyah masuk campur..huhu

eh, ni garis senget la kak, bukan garis lurus

Assalamualaikum.

Hai semua!!

Macam mana hidup korang semua hari ni? Serabut? Kucar kacir? Bahagia? Aku komfem2 lah seronok dan bahagia. Yela, tiap2 hari tak payah nak kusutkan kepala otak fikir nak makan apa hari ni. Hehe

Hari tu, aku ada tanya soalan kat abah aku. Macam ni la soalan dia. Aku terbaca soklan ni kat sini.

*Correct this formula with a single stroke :

5 + 5 + 5 = 550

Tapi aku tak lah cakap omputeh. Bukan abah aku paham sangat. So, aku translate dalam bahasa melayu je lah.

‘abah, cuba abah betulkan formula ni, dengan letakkan satu garis lurus je’

Abah aku pon dok kerut2 muka. Tarik kening kanan ke atas sikit. Tu tanda dia berfikir dengan seriusnya.

Dalam 15minit lepas tu, aku pon serender la. Cakap kat abah,

‘abah dapat tak jawapan nya?’

‘tak pon. Penat fikir dah.’

‘meh la akak bagitau. Camni la jawapan dia.’

Aku pon letak lah garisan kat atas tambah tu kan. so, dia jadi nombor 4. Kalau ikut logic, komfem2 lah betul kan? Tapi, abah aku sebolehnya, tak nak mengaku kalah. Dia kata,

‘ni bukan garis lurus kak. Kalau garis lurus kan menegak ke atas atau ke bawah dan garis melintang ke kiri atau kanan je. Kalau macam tu dah di panggil garis senget.’

‘hahahaha. Abah, kan tu garis lurus jugak. Bukannya garis tu ada bengkang bengkok.’

‘mana ada garis lurus. Ni kalau bawak pergi peguam, akak kalah tau’

‘hahaha. Dah lah abah. Abah yang tak dapat jawab, nak cakap pasal peguam pulak. hehe’

Bla bla bla...

--------------------------------------------

Adalah dekat 5 minit aku dok bertekak dengan abah. Muahaha tapi aku tetap dengan pendirian aku yang garis tu garis lurus.

Korang rasa, tu memang bukan garis lurus ke? Ke aku yang salah translate ek? hihi >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...