- kalau bf cikgu, korang blaja rajin2, so da pandai tak yah jumpa cikgu.
- kalau bf cleaner, korang bersih kan tempat korang tu jadi xdela dia datang sapu.
- kalau bf doktor, korang makan epal banyak2 sebab, "an apple a day, keep the doctor away" :)
eerrr...
Saturday, April 30, 2011
tips untuk jauhkan diri dari lelaki yang kita tak suka atau dari bf yang menyampahkan
tiga benda yg mesti di elak
IZYAN MASRI First Random Giveaway !
pompuan hot kat atas ni izyan masri. tengok banner on dah tau kan.
aku saje join GA ni sebab nak bagi sokongan sesama blogger. ekceli, tu tujuan kedua aku. muahaha tujuan utama, op kos la nak bolot grand price dia. duit Rm 100 tu, peh! kalau guwa dapat ni, mau p pizza hut ke, kenny rogers ke. tapi itu mustahil la kan.
tapi, kalau tak de rezeki dapat duit, dapat di review pon jadi lah. tu pon atas belas ikhsan pakcik random.org. kalau dia baik hati dia pilih lah KDM ni. kalau dia tak pilih, nampak na pakcik tu jahat. 'jahatnya kamu, jahatnya kamu' ggrr~
siapa2 nak join, jom lah. sat g dia dah tutup pulak. melepas korang. tapi bagus jugak, nanti tak banyak sangat persaingan. muahaha
nak ajak ms nienyz n budakkental. ;)
sekian.
Friday, April 29, 2011
adik ku bakal ke negeri orang
kau dapat matrik melaka lah sahadah! ok lah tu. merantau jauh sikit je. masih dekat dengan rumah. kalau dapat perlis, mau kau p daftar kat sana sensorang. dah la jauh, kos pon banyak tu~
kalau tak silap, matrik melaka ni matrik first. memang bertuah la dik dapat matrik lama. berbatu blog bagai. macam penjara je. erk! tak pe, bangunan tak lawa macam mana pon, yg penting niat nak belajar.
nasib baik lah akak kau yg sorang ni semua tempat belajar dalam johor. dari sekolah rendah, sampai la sekarang ni. bukan apa, kan senang nak balik rumah kalau mak rindu. lalala~
bila kau dah dok matrik nanti, elok2 lah belajar. tak nak dapat 4 rata, dapat maintain 3 pointer pon dah cukup bagus la tu.
kau punya matrik jauh sikit je dari matrik johor tu. at least nanti masa hantar kau p sana, akak dengan mak boleh lah singgah melaka, jalan2 cuci mata. cari keychain. ;)
tak sabar pulak nak tunggu 23 mei. hehe
bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)
siapa tak kenal sis pinky yg gorjes ni. aku rasa dia dah femes dah. sat g kalah abang beng tu.
dia buat segmen lagi. minggu lepas pon dia buat jugak, tapi aku tak join sebab tak tau ape yg pelik tentang KDM ni. haha
aku tengok sis ni tak nampak macam mak2 pon tau. memula aku ingat dia tua atas aku 3,4 tahun je. sekali godeh2, tua jugak lah, muahaha. mungkin sebab cara dia yg gila2 kot. ke sebab dia pakai susuk ek? ops! hehe
ok, tu aje, kang komen lebih2 tak pasal2 kena kejar dengan senduk kat tangan.
sekian.
kalau nak join, klik sini. klik header tu pon ok jugak. :)
Thursday, April 28, 2011
salah ke berubah untuk jadi lebih baik?
assalamualaikum.
hye semua! macam mana hari ni? sihat? ke ada yg demam2, pening ? sabar ye. tu semua ujian ALlah untuk hambanya. kalau tak di uji, macam mana kita nak tau kita kuat ke tak. kan? kan?
sesiapa pon insan yg bernama manusia kat planet bumi ni boleh berubah jadi lebih baik.tak da siapa yg marah. Selagi diri ada niat untuk berubah menjadi lebih baik, Allah akan sentiasa membantu hambanya.
kadang2, bila seseorang tu nak berubah, yg jadi masalahnya masyarakat sekeliling. aku bukan nak tuding jari kat sesiapa. tapi terfikir sejenak dengan sikap masyarakat hari ni.
lets say, someone tu jahat dan dia suka buat jenayah. bila dia berazam untuk berubah jadi insan yg berguna, mulalah masyarakat pandang serong kat dia. cuba kita renungkan, kalau bukan kita yg tolong orang macam tu, siapa lagi yg nak tolong kan.
semua dok pulau kan orang tu sebab orang tu dah banyak buat salah dan tak layak di maafkan. adoi. salah dah dorang ni. sedangkan nabi pon maafkan umat2 nya, ini kan pulak kita manusia biasa yg tak punyai apa2. apa lah salahnya kita tolong bagi semangat ke, nasihat ke. bukan keluar duit satu sen pon. makin dapat pahala adalah.
Tapi, janganlah berubah kerana seseorang, tapi berubah kerana diri sendiri dan yg MAHA ESA. itu lebih di redhai. Manusia memang tiada yg sempurna. Setiap hari pasti ada kesilapan yg dilakukan.
bukan orang jahat je tau yg boleh berubah. orang baik pon booleh berubah menjadi lebih baik.
oliver cromwell ada cakap,
orang yg berhenti untuk menjadi lebih baik sebenarnya telah berhenti menjadi seseorang yg berjaya.
so, bila kita nak jadi seseorang yg lebih cemerlang, kita mesti tamakkan diri untuk meningkatkan diri dari masa ke masa dengan cara tingkatkan kan segala prestasi, kurangkan segala kontroversi. eh, bukan! kita kena lah ada matlamat yg lebih tinggi dan kemahiran yg lebih baik.
sekian.
esok paper audit. jenuh nak menghafal segala fakta2 tu. dah macam sejarah tau.
maafkan ye kalau ada kesilapan yg sengaja atau tak sengaja. -_-'
Wednesday, April 27, 2011
my life's story blog first giveaway !
untuk calm down kan otak serabut, maka jalan penyelesaiannya, aku join lah GA dari kak MY ni. cik sailormon comel a.k.a bella yg tag.
kak my ni nak p vietnam, tapi mau kasi key chain je. beli la baju ke, beg tangan ke, patung ukir2 ke. barulah nampak obersi punya hadiah kan. alah, bukan selalu pon kan dapat hadiah obersi ni. *demand lah kau ni* hehe
siapa nak tau lagi, tekan kuat2 kat sini.
eh, kite dah follow dah. baru je. hehe =)
nak ajak anyss n farah,
sekian.
Tuesday, April 26, 2011
kembar bunga citra lestari !
lelaki merokok, cool ke?
Assalamualaikum.
Ingat dorang yg merokok ni nampak macho sangat ke bila sedut asap, pastu hembus. sedut lagi, hembus lagi. Selagi rokok sekotak tu tak habis, selagi tu la asap dok berkepul2 kat kepala dorang. Ha tuih. Tak cool langsung ang tau dak.
'apa barang jadi lelaki tak merokok. wa merokok sebab wa ada bran. lu apa ada.'
Terus terang aku cakap aku memang tak suka lelaki merokok. Dorang tak tau ke tar, nikotin metana, karbonmonoksida yg ada dalam rokok tu boleh bawa maut? Macam2 penyakit tau dorang boleh dapat. Bala ni bala.
Penat je kerajaan keluarkan duit buat iklan ‘tak nak merokok’ tu. Tapi, semua buat dek je. Baik duit tu kasi aku je buat makan2 ke kan. Belanja korang eskrim cokelat ke. Kan?
Ekceli, dalam family aku, abah aku merokok tau. walau aku tak suka macam mana pon, terpaksa lah tahan kan bile abah aku sedut, hembus, sedut, hembus. Mak aku cakap, dulu2 abah aku tak merokok pon. After kawen baru dia merokok. Aku agak sebab abah aku buat kerja2 berat. Bukannya aku tak pernah tegur, bile dah tegur, korang tau ape abah aku cakap?
Aku : abah, kenapa abah tak nak berhenti merokok? Kan tak elok. nanti kan dapat penyakit.
Mula2 abah aku diam je. Aku ingat dia nak marah aku ke hape. Lama sikit baru dia balas,
Abah : cuba kalau abah tak bagi akak duit beli topup. Macam mana?
Aku : ???
Pulak dah. Ape kaitan hisap rokok dengan topup lak ni. Aku malas nak tanya balik. Kang di katanya aku menjawab pulak. -_-‘
Sampai sekarang aku tak tau ape kaitannya. Ada tak sesiapa yg tau? Tell me, tell me.


