Terima Kasih Awak

eerrr...

Thursday, July 28, 2011

aku dipaksa pergi program PEMBINA

hye semua!


Minggu lepas aku dapat call dari HEMA utm suruh aku pergi program bina negara bangsa ni.. so, parents aku pun paksa aku pergi even aku 101% xnak pergi.. kawan aku (FA) yang nama dia ade pun paksa aku pergi jugak sebab dia x ada kawan. 


Dengan x rela hati, aku pun pergi la jugak tapi awal-awal lagi aku da cakap kat parent aku. Lebih kurang camni la aku cakap "ok kalau mak dengan abah paksa kite pergi jugak, fine, kite pergi laa.. tapi kita x akan dengar ceramah tu semua. kita duduk dalam bilik je tengok running man". da la time tu aku baru je abis short semester pastu kena datang balik utm.. penat tau.. HAHA! 


Bila sampai-sampai je kan, aku rasa nak jerit je. gila sikit orang yang datang. time tu jugak aku rasa nak balik. tapi kawan aku paksa aku stay je. Die jugak yang tolong daftar kan aku sebab aku tak nak masuk dewan tu. hahaha 


tengah hari tu ada sesi bersama fesi. aku ingat fesi die orang muda ( hensem ke) rupanya pegawai utm yang da bercucu semua.. baru nak bersemangat sikit.. haha pastu dia bagi2 kan group and group aku name KUDA KEPANG NAIK ANGIN (KKNA).. serious lawak nama tu.. 


malam tu pulak ade ceramah and menteri pengajian tinggi datang.. tapi of coz la aku xpergi kan.. aku pergi McD beli GCB (sedap gila!) and duduk dalam bilik tengok running man. ( aku bawak laptop tau! semata-mata) seram kot duduk dekat KTC tu malam-malam. nasib baik ade teman lagi sorang, F, dia pun x pergi jugak.. 


besok nya (hari sabtu) pun ada ceramah jugak, tapi pagi-pagi lagi aku drive balik rumah. kan aku da cakap aku x suka dengar ceramah (ceramah pasal sejarah pulak tu!).. sampai -sampai je akak and adik aku x percaya aku balik rumah. and bila mak aku balik je dari kerja, (konon nak pujuk aku) ajak makan Seoul Garden dekat KSL City! berbaloi aku lari balik rumah.. petang tu aku balik utm balik sebab kawan aku xbawak kunci bilik.. ikut kan hati, time penutup program baru aku datang balik.. cis! 


senang cerita semua program aku xpergi! cuma hari ahad punya program je aku terpaksa pergi sebab ayah aku pujuk aku dengan RM50.. semata-mata nak suruh aku dengar ceramah.. haha


ok seriously aku x enjoy pergi program ni.. bukan aku x patriotik ea.. cuma orang asyik paksa aku pergi, so nak puas kan hati aku, aku ponteng je la. konon MOGOK laaa.. hahaha.. sampai fesilitator pun aim aku sebab aku x participate + ponteng LDK + aku buat muka bosan.. so die tanye aku macam2 and aku x jawab pape pun and aku rasa die da malas nak layan aku.. lantak laa! sape suruh paksa aku pergi.. Fine! 


To budak-budak group aku, sorry tau kalau aku x bercakap dengan korang and aku x sombong ea! cuma aku malas nak participate je.. ok?


tapi yang best nya, dapat alaun RM30 and sijil.. best!!
 k tu sahaja.. 


*orang-orang ni semua xtau ke mostly student x suka dengar ceramah, kalau nak suruh student patriotik pun, buat laa program outdoor bukan ceramah 24jam.. BOSAN!!


p/s: hari sabtu and ahad ni aku kerja cashier part time dekat Giant tampoi (insyaallah).. jangan datang ramai-ramai tau!! awas! penat tau..


from left: me, farhi and my new friend, Ana.
















xoxo,
fyzabalova
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...