Terima Kasih Awak

eerrr...

Thursday, September 15, 2011

empatplohsembilan hari lamanya

assalamualaikum. ;)


hampir empatplohsembilan hari blog terchenta ini tak berpenghuni. entah ke mana hilangnya panglima2 gagah lagi perkasa menghilangkan diri. mungkin sibuk menyiapkan persiapan raya tempoh hari atau pun menyiapkan bendera untuk di kibarkan sempena kempen kibarkan jalur gemilng barangkali.


walaupun sudah tidak berhapdate hampir empatplohsembilan hari, namun bilangan ahli di kolum follower masih bertambah walaupun tidak lah semegah mana. terima kasih tak terhingga ye kawan2. ;)


bukan itu sahaja, encik nuffnang turut tidak meminggirkan kami berlapan ini dengan sentiasa memberikan kempen2 biasa untuk di siarkan di blog ini. walaupun, bukan BE yang bertandang, namun itu sudah cukup menggembirakan.


maaf tak terhingga jika ada reader(s) yang tertunggu kehadiran cerita2 baru. ada komitmen yang lebih penting perlu di dahulukan seperti membuat kuih semprit di hari raya, mengambil upah menjahit baju demi sesuap nasi, menjaga anak saudara yang nakal, bertemu kekasih yang jauh di perantauan dan mengecat rumah sempena hari kemerdekaan malaysia.


sekian.


p/s : selamat hari malaysia yo. mendeka! mendeka!

Thursday, July 28, 2011

aku dipaksa pergi program PEMBINA

hye semua!


Minggu lepas aku dapat call dari HEMA utm suruh aku pergi program bina negara bangsa ni.. so, parents aku pun paksa aku pergi even aku 101% xnak pergi.. kawan aku (FA) yang nama dia ade pun paksa aku pergi jugak sebab dia x ada kawan. 


Dengan x rela hati, aku pun pergi la jugak tapi awal-awal lagi aku da cakap kat parent aku. Lebih kurang camni la aku cakap "ok kalau mak dengan abah paksa kite pergi jugak, fine, kite pergi laa.. tapi kita x akan dengar ceramah tu semua. kita duduk dalam bilik je tengok running man". da la time tu aku baru je abis short semester pastu kena datang balik utm.. penat tau.. HAHA! 


Bila sampai-sampai je kan, aku rasa nak jerit je. gila sikit orang yang datang. time tu jugak aku rasa nak balik. tapi kawan aku paksa aku stay je. Die jugak yang tolong daftar kan aku sebab aku tak nak masuk dewan tu. hahaha 


tengah hari tu ada sesi bersama fesi. aku ingat fesi die orang muda ( hensem ke) rupanya pegawai utm yang da bercucu semua.. baru nak bersemangat sikit.. haha pastu dia bagi2 kan group and group aku name KUDA KEPANG NAIK ANGIN (KKNA).. serious lawak nama tu.. 


malam tu pulak ade ceramah and menteri pengajian tinggi datang.. tapi of coz la aku xpergi kan.. aku pergi McD beli GCB (sedap gila!) and duduk dalam bilik tengok running man. ( aku bawak laptop tau! semata-mata) seram kot duduk dekat KTC tu malam-malam. nasib baik ade teman lagi sorang, F, dia pun x pergi jugak.. 


besok nya (hari sabtu) pun ada ceramah jugak, tapi pagi-pagi lagi aku drive balik rumah. kan aku da cakap aku x suka dengar ceramah (ceramah pasal sejarah pulak tu!).. sampai -sampai je akak and adik aku x percaya aku balik rumah. and bila mak aku balik je dari kerja, (konon nak pujuk aku) ajak makan Seoul Garden dekat KSL City! berbaloi aku lari balik rumah.. petang tu aku balik utm balik sebab kawan aku xbawak kunci bilik.. ikut kan hati, time penutup program baru aku datang balik.. cis! 


senang cerita semua program aku xpergi! cuma hari ahad punya program je aku terpaksa pergi sebab ayah aku pujuk aku dengan RM50.. semata-mata nak suruh aku dengar ceramah.. haha


ok seriously aku x enjoy pergi program ni.. bukan aku x patriotik ea.. cuma orang asyik paksa aku pergi, so nak puas kan hati aku, aku ponteng je la. konon MOGOK laaa.. hahaha.. sampai fesilitator pun aim aku sebab aku x participate + ponteng LDK + aku buat muka bosan.. so die tanye aku macam2 and aku x jawab pape pun and aku rasa die da malas nak layan aku.. lantak laa! sape suruh paksa aku pergi.. Fine! 


To budak-budak group aku, sorry tau kalau aku x bercakap dengan korang and aku x sombong ea! cuma aku malas nak participate je.. ok?


tapi yang best nya, dapat alaun RM30 and sijil.. best!!
 k tu sahaja.. 


*orang-orang ni semua xtau ke mostly student x suka dengar ceramah, kalau nak suruh student patriotik pun, buat laa program outdoor bukan ceramah 24jam.. BOSAN!!


p/s: hari sabtu and ahad ni aku kerja cashier part time dekat Giant tampoi (insyaallah).. jangan datang ramai-ramai tau!! awas! penat tau..


from left: me, farhi and my new friend, Ana.
















xoxo,
fyzabalova

Saturday, June 25, 2011

Cinta itu buta..betul ke?

Org slalu ckp biasa lah cinta itu buta tp hakikatnye betul ke cinta itu buta.
Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela hensem mane pun, dan jawapannya “saya xkesah pun dia hensem ke x yg penting dia baik dengan saya.”
Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela kaya pun, dan jawapannya “ saya xkesah pun dia kaya ke x yg penting dia ikhlas dengan saya.”
Bila ditanya kenapa awak suke dia sedangkan awak tahu dia player, dan jawapannya “ saya xkesah dia macam mane pun yg penting saya sayang dia dan dia sayang saya.”
Benarkah begitu? BS! Mungkin sebulan dua bulan couple boleh la tahan atau paling lame pun setahun dua tahun tapi boleh ke tahan sampai seumur hidup bersama? Boleh ke sampai ke jenjang pelamin? Seandai boleh pun, mampukah masjid yg dibina kekal hingga ke akhir hayat?
Kalau benar cinta itu buta, seandainya wujud seseorang yg lebih sempurna dari pasangan korang, lebih dari segi paras rupanya, lebih dari segi pelajarannya, lebih dari segi hartanya, lebih dari segi imannya, lebih dari segi personalitinya, yg manakah yg akan korang pilih? Tepuk dada tanya lah hati. Manusia hanya dibutakan dengan cinta.
Untuk mencari pasangan hidup kite perlu pandai memilih dan menilai. Bukan untuk mendiskriminasi semata tetapi untuk menjamin kehidupan kita dan anak2 kita kelak. Jika lelaki tidak berduit dan tidak bekerja, cinta saja tidak boleh menyara keluarga. Jika lelaki tiada ilmu agama, cinta saja xkan membina keluarga sakinah. Jika lelaki species pencinta wanita, cinta saja xkan dapat mengembirakan dan menenangkan hati. Fikirlah sedalam-dalamnya kerana pasangan hidup bukan macam couple, xsuke boleh clash, tp once dah bina masjid adalah berdosa jika meruntuhkannya. Tp kita juga perlu ingat untuk mencari yg baik, yg sempurna dimata kita, kita juga perlu la berusaha ke arah itu, Allah menjanjikan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, jadi kita perlu lah menjadi baik untuk mendapatkan yg baik. Lelaki juga telah diberitahu untuk memilih wanita kerana 4 perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Renung2kan, selamat beramal.

Sunday, June 19, 2011

MisTeri kEhiLanGan 4 Beranak ......

hye, bertemu kembali stlh lame kami mendiamkn diri...
al-maklumlah, sgt bz aher2 ni dgn shot sem kami (even class 3 hr jek =))
mcm mane nak bagi korg ni excited semula utk bace entry baru ni ye?? hehe...watever p0n ktorg taw korg sume bace dgn senyuman sambil menunjukkn barisan gigi yg bersinar-sinar kan.... tirula 8sekawan ye...smile olwez!!!! ^_^
(berbalik kpd tajuk entry)....wahhhh, TERUJA x?? sape plak 4 beranak yg hilg tukan....ade keluar paper or buletin utama x?? kalau lah keluar memg famous habes la ktorg kan....
nak dimulakan cerita, lepas habes class (7j une lps) kami ber7 (nadh xde, p wat umrah) berlumba pergi cari makan, lapar kot dr pg sampaila pkol 4 xmkn lg...kami menaiki 2 kereta (1 kancil fiza, 1 kancil dayah, serena rehat waktu tu!! hehe) so, destinasi pilihan ialah NASI AYAM PENYET!!
after that, aah, farahin, fiza n zai brcadang utk pergi balai cerap.... tp kereta 1 lagi yg trdiri drpd dayah, as n mimie x nak join, panas katanya (memang panaskot waktu tu, hehe...) nak taw ap terjadi kat balai cerap tu?? dan knp kami kate kami hilang?? ape yg misteri menyebabkan dayah, as n mimie kate kami hilang???
jom kita scroll ke bawah tgok pic yg sempt kami 4beranak snap....hehehe...
SMILEEEEEEE.......=)
masing2 berangan entah ape2 jek...^_^
ape style p0n, i x
taw la....
hua hua hua...
3 dara melayan perasaan masing2......
yg ini x taw la style ape....huhu
tp mcm kaku p0n ade kan....
hahaha
haaaaa?? apa macam??ermmm,, agk2 korg tertanya2 x...ini ke balai cerap tu??
( kpd student UTM, syhhhhh) keep it secret ok...
hehehe... jom tgok lagi....
so, ape macam.....setakat pic yg ade skrg ni??
u ollz dpt teke x mane kami 4 beranak ni pergi sebenarnya....hehehe
p/s : jgn biarkan diri anda diselubungi misteri !!!!!
nak lagi x??? j0m la3.....hehe...
x kira nak tunjuk jugak....
ser0nok kan kami ber4??
hehehe.....
meyh scr0ll down lg....
LAGI....
LAGI....
DAN
LAGI....
dan picture kat bawah ni adalah acara kemuncak kami ber4 pada petg itu..
hak hak hak
( aq ni dok gelak je dr td kan...heeee)
knp kami ber3 aje?? mane aah ni?? nape die x join lompat yea??
hehehe,, of coz la sbb aah yg snap pic ni...;p
ape2 p0n terima kasih kpd kalian yg c00l dok bace entry kali ni k....
di sini aq nak abadikan satu pic ni,
aq suke pic ni sbbbb...........
(cpt teke...)
sbbb aq rase aq nmpk tggi....
hahaha...betol x??
tolong la jage sikit hati aq ok.....
bye...c u s00n....
sape la yg akn wat entry after ni yek...
senyum sokmo...=)

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum. ;)

Tuesday, June 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK !

assalamualaikum. semalam nak join. tapi tak sempat. maka hari ni, sempatkan diri juga. hoho ada tak siapa2 yang sudi nak tukar link dengan blogger ni? kalau ada, tinggalkanlah pesanan korang ye. tenkiu, ;)

Sunday, June 5, 2011

kucing pun perlukan pakar psychology

hye semua~!!
ok. kucing aku ( chot) sekarang ni mengalami masalah jiwa dan raga and perlukan pakar psychology. haha! dulu sebelum asyriq lahir, kucing aku sekor ni memang raja kat rumah aku la.. malam2 tido kat katil mak aku dengan ber-aircond and siap berselimut lagi. setiap 2 minggu sekali kena mandi. hari-hari di belai. makan makanan mahal gila padahal kucing biasa yang aku kutip belakang rumah aku je. kencing sepah2 pun x ade orang marah cuma bebel2 je la.
ni chot. even kurang kasih sayang, badan tetap maintain gemok.
kucing badan gemok, kepala kecik. LOL!!
sekarang lepas asyriq da ade, kucing aku tu da macam kucing kesunyian je. sebab family aku sekarang bagi semua kasih sayang dekat asyriq and bukan dekat chot tu.. tempat chot selalu tido da di gantikan dengan asyriq. da la die je sekor kucing kat rumah tu and x ade kawan lain. kesian die. pastu da berape bulan ntah die x mandi sebab semua busy. hidup die sekarang makan, tido, berak, kencing, makan, tido, berak, kencing. tu je laa keje die. nak keluar rumah takut. ish ish ish. kucing kurang kasih sayang.
i made this chocolate tau! bukan beli kat kedai. haha this specially made for my hubby. peace!
* gambar ni x ade kena mengena!
pastu lame-lame si chot tu makin bengang dengan asyriq. dalam minggu lepas die buat hal. die marah dekat asyriq sampai pergi berak dekat atas katil akak aku dekat tempat asyriq selalu tido. and berak atas katil mak aku dekat tempat asyriq selalu tido. HAHA! kucing psyco. pastu haritu mak aku pergi KL, balik rumah je, si chot ni, die boleh berak atas karpet ruang tamu tempat asyriq selalu main walker. xpernah2 kucing tu berak sepah2.. memang die berdendam gila kot dengan asyriq. sebab asyriq rampas kasih sayang dari chot.
*kish me! kish me!
and now, semua da start belai kucing tu da. takut die bunuh diri kang. haha tapi aku x belai die sangat pun. sebab aku allergic dengan bulu chot ni. nanti bila aku peluk2 cium die, nanti mule la aku selsema and muke aku gatal-gatal. seksa woo~~ cume usap2 je la, pastu lepas usap, pakai sanitizer. HAHA!
so, sayangi la kucing kamuu yaww!!
yea man, im JB dude! yeah rite. im from jb je.
xoxo,
fyza

Saturday, June 4, 2011

tak payah lah nak berkerut sangat

assalamualaikum. hai smua!! korang perasan tak kalau korang tengah siapkan sesuatu tugasan yang mencabar dan memerlukan kretiviti dan daya fikiran yang tinggi, tak semena2 korang akan buat muka berkedut. ada tak? ada kan? kan? sebenarnya kan, kalau korang kerutkan muka tu tahap kedut seribu punya gaya, korang sebenarnya dah bagi tenaga negatif kat kerja yang sedang di lakukan tu. faham tak apa yang aku tulis ni? aku bagi contoh la. *kalau salah sori k* korang kena siapkan assignment dengan kadar segera. dah la dapat soalan susah yang teramat. nak fahamkan je dah makan masa berjam2. bila dah faham soalan, nak buat solution dia pulak, maai. mencabar kretiviti minda la pulak. nak kena perah otak lagi. ha, masa ni korang cuba jangan kerutkan muka. bila korang kerutkan muka, komfem2 akan rasa down dan fikir, susah nya soalan ni kan. so, cuba korang guna cara paling macho sekali. apa lagi.
senyum !! hehe
lagipon, hamka ada cakap :
sebesar2 atau seberat2 urusan jangan di hadapi dengan muka berkerut. kerut muka itu dengan sendirinya akan menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. bila kita senyum sokmo, nanti muka kita nampak berseri2 selalu tau. senyum tak perlu kata apa2. ni kes si sengal bella selalu guna ayat ni la. sori bella! haha ;)

Friday, June 3, 2011

neraka dunia | tak macam neraka pon

assalamualaikum. neraka. bila sebut je neraka, semua mesti membayangkan suasana yang panas, api yang menyala2 yang tak terkira ketinggiannya, dan semua yang menakutkan lah. kan? semalam terbaca paper berita harian tarikh 22 mei punya. ye, aku ketinggalan zaman. lagi pon aku memang jarang beli surat khabar. yang ni pon aku baca kat rumah. huhu aku baca pasal 'neraka dunia'. uish, kat dunia ni pon dah wujud rupanya suasana yang sebegitu. gambar tu di panggil pintu neraka. terletak di pekan Darvas di Uzbekistan. aku tengok pon dah seram. korang tak seram ke? kawasan ni dah wujud 35 tahun yang lalu. dalam semua gambar tu, cuma tempat ni je yang aku rasa layak di panggil neraka. yang lain tak macam neraka pon. kenapa aku cakap macam tu? cuba perati gambar seterusnya.
Socotra terletak dekat Afrika timur. da macam pokok cendawan gergasi aku tengok.
Bisti Badlands, merupakan padang pasir tandus di new mexico
dikenali sebagai Lembah Bulan terletak kat Vale de Lua, Brazil.
mata air panas mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat. mata air panas ni paling bayak menghasilkan kalsium karbonat tau.
aku tengok semua gambar tu cantik2 la. macam kena edit pon da. tak da rupa neraka pon. kan? kan? mungkin ni lah peringatan Allah untuk hamba2 nya. sumber berita harian dan pakcik google. ;)

Thursday, June 2, 2011

nak cokelat tofi luk la, -_-'

assalamualaikum. korang pernah tak rasa tetiba je teringin makan bermacam2 benda. ala2 mengidam macam orang mengandung tu? mesti pernah kan. ngaku je lah. kan? kan? sekejap nak makn tu, sekejap nak makan ni. bagi aku teringin ni tak sama tau dengan orang yang memang nafsu makan kuat, tapi bila malantak makanan tu, separuh pon tak sampai. aku selalu je teringin nak makan macam2. tapi tak da lah sampai nak makan benda yang pelik2 macam binatang exotic tu. kalau macam tu, meamng tak lalu lah aku nak makan. huh! jangan masa aku mengandung aku mengidam yang bukan2 dah lah. okeh. hari tu, pergi econsave, tetiba je datang perasaan nak makan cokelat tofi luk. korang tau kan tofi luk? alah, yang palstik dia kaler oren kekuningan tu. masa sekolah dulu aku rajin je beli cokelat ni. sedap wo. dengan semangat membara, maka aku pon berusaha sedaya upaya menerjah ke seluruh pelosok econsave tok mencarinya. malangnya, bayang tofi luk pon aku tak nampak. sedih wo. masa aku teringin nak makan, masa tu lah benda alah tu tak da. aish. maka, dengan semangat yang tinggal setoit ni, aku nekad beli cadboury je. huhu kempunan den~ tanya budak2 ni, tofi luk ni dah tak da kat pasaran ke? aku macam terperasan memang dah lama tak da cokelat yang ni. ke ada cerita apa2 yang aku tak tahu pasal tofi luk ni? kalau ada, meh la story sama aku ye. -_-'

gambar berhantu

hye you all~!!
semalam aku transfer laa beribu-ribu gambar aku kat dalam handphone ni kat lappy aku. banyak giler kot. sampai aku tertido-tido men-transfer gambar. tadi bangun je tengok lappy aku still on lagi. haha cian en lappy. baru je baik dari sakit.
ok time tengah transfer tu, ter transfer la jugak 1 gambar ni. gambar berhantu.. hahaha nak tengok??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cube korang kire jari tangan tu ade berape?
ok gambar ni mase tahun 2007 or 2006. sebelah kanan tu akak aku n sebelah kiri tu adik aku. aku la yang amik gambar ni.. time ni kitorang ikot mak aku punye dinner dekat cruise danga bay tu. naik kapal wooo~~ syok! time amik gambar x berape perasan ade tangan. pastu bile tengok balik, mane datang tangan tu?
cube pikir logik, kalau tangan adik aku la kan, mesti tangan tu macam senget sikit. tapi tangan ni tegak je. pastu aku rase mase amik gambar tu, tangan adik aku bawah meja. takkan tangan aku pulak kan? haha no komen~
adik aku suruh buang gambar tu, tapi aku tetap nak simpan jugak. ngade-ngade kan?
ade 1 lagi gambar,, jeng jeng jeng......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haha adik aku memang sengal! time tengah blackout, die boleh main2 dengan torchlight.
seram x? seram x? ntuk watkan rase neutral balik, aku bagi 1 gambar ni..
feymes ko asyriq kat blog ni! aku asyik tunjuk gambar hang je. sape suruh comel sangat.
kalah ummul, nurhan n ammar.
ok bye! bye!
p/s: hari-hari ade assignment. tension!
xoxo,
fyza

Wednesday, June 1, 2011

eh, ni suprise ke?

assalamualaikum. semalam merupakan sesi menambah berkilo lemak dan kolestrol di kfc. semua pakat2 nak makan fast food je. sebab teringin sangat. kang tak dapat makan, kempunan 40 tahun pulak. ekceli, ktorang nak sambut besday nad. nak buat suprise la katakan. jeng, jeng, jeng. tapi, besday dia bukan semalam. 23 MEI hari tu. dah lama lepas. tapi tak da lah lama sangat kan. masih dalam range lagi kan?
caakk!! wanita2 gila kamera.
aha!! pasal suprise tu, team yang pergi beli kek, mintak tolong akak kepsi tu hantar kan kek kat meja ktorang masa ktorang sedang rakus melantak hidangan lazat tu. selesai deal dengan akak tu, apa lagi, makan time! harap2 menjadilah kejutan yang bakal terjadi. sedang ktorang asyik makan, makan, makan, makan. tetiba, akak kepsi tu datang kat meja ktorang dengan kek. 'ha, ni lah. kek nya' ktorang pandang akak tu, akak tu pandang ktorang. semua tergaman seketika. korang tahu, akak tu p hantar kek dengan beg2 plastik nya sekali. kek nya pon tak di keluarkan dari kotak. adoi! akak tu spoil la. korang rasa suprise tak? tak langsung okeh. after akak tu blah, semua dok gelak terbahak2. lain yang di rancang, lain pulak yang jadi. aish. ktorang membayangkan yang akak tu datang sambil bawak kek atas dulang siap pasangkan lilin. aku rasa akak tu tak da pengalaman lagi kot. pape pon, to besday girl :
hepi besday nad. may Allah bless u. cepat2 kawen tau. :)
sekian.
------------------------------------------------------------------------
7 + camerawoman = 8 sekawan cukup! ;)

Monday, May 30, 2011

perkara yang kalau aku buat mak pasti marah sampai keluar bunyi ggrr~

assalamualaikum. morning semua. apa jadual korang hari ni? aku ada klas macam biasa. orang lain sibuk bercuti semester sambil cari kerja part time nak tambah pendapatan, aku and the geng kena pergikelas menimba ilmu demi segulung ijazah! cewah, kemain lagi. okeh. korang biasa tak buat habit yang bila korang buat je mula lah mak korang membebel tak ketentuan hala. mesti ada kan? aku ada banyak, tapi aku listkan tiga je la ea. lets check it out~ habiskan makanan kat pinggan sampai licin berkilat, pastu baru tambah nasi baru ha, aku selalu sangat buat habit ni. bila nasi yang terakhir dah disuap masuk ke dalam mulut, barulah hati ni terdetik nak tambah nasi lagi. padahal aku dah sendawa dekat dua tiga kali jugak lah. agak tak senonoh kan? ish2 anak sapa la ni. lagipon kan, sebenarnya lauk yang mak aku masak sedap sangat. tak sampai hati kalau tak tambah lagi. wuuu~ makan sambil menatang pinggan kalau makan sambil ngadap tb, lagi2 masa tengok cerita melodi yang sensasi tu, aku pasti akan tertatang pinggan tu secara tak sengaja. bila dah abes makan baru perasan rupanya jarak pinggan aku dari lantai jauh bebeno. tu lah, syok sangat tengok melodi. eh, korang tau kan apa tu menatang pinggan? alah, kita makan sambil angkat pinggan tu. kira kalau korang makan bersila tak letak pinggan tu kan lantai. faham kan? bagus~ baring meniarap sambil angkat kaki 90 degree habit yang ni pon aku selalu tak sedar aku dah terbuat. biasalah kan bila dah baring maniarap sambil buat homework tu, pasti kaki naik sendiri. bila tetiba terdengar suara ala2 ning baizura menjerit2 'kak, turunkan kaki tu lah. nak kena potong ea?'. masa tu, barulah aku sedar yang kaki aku dah tak selari dengan badan. patotnya mak aku bebelkan kaki aku tu je, bukannya aku. dia yang nak naik sendiri.aku tak da suruh pon. muahaha bukan aku tak pernah tanya mak aku, apa pasal mak aku beria2 marah. padahal bukan apa lah sangat kan. balik2 mak aku akan cakap macam ni. 'tak elok lah buat macam tu. dah orang tua cakap tak elok, tak elok lah. degil betul budak ni tau.' 'ala mak, mesti ada sebab yang spesifik kenapa tak boleh buat macam tu kan.' 'dah nenek kau pesan, cakap tak boleh, tak boleh lah. mak pon dah pernah kena marah tau sebab tanya macam ni dulu2.' 'oooo...' 'lagipon, kan tak manis kalau di pandang orang. lagi2 kau tu anak dara. aish. faham?' 'faham mak.' hehehehe.

Sunday, May 29, 2011

belajar kat politeknik tak bagus?

assalamualaikum. aku baru lepas makan nasi minyak kat kenduri orang kahwin kat kampung aku. 3 minggu berturut2 kat kampung aku ada majlis kawen. nampak na dorang semua dah besar kan, termasuklah aku. aku cuma menunggu hari je la bila putera raja nak masuk meminang. lepas makan tu, aku borak lah dengan makcik aku. tanyalah anak dia dapat politeknik mana kan. harap2 dapatlah yang dekat kat johor je. senang sikit nak menghantar. nak balik rumah tiap minggu pon boleh. bila cek, dapat nun jauh dekat dengan thailand dah. tak pelah, belajar berdikari sikit. nanti dapat jugak makcik aku jalan2. bukan selalu pon kan dapat jauh2 ni. tetiba, makcik aku cakap. 'ada orang tu cakap, politeknik ni tak berapa bagus.' 'eh, siapa cakap cik ikin? ok lah politeknik tu. orang tu siapa nak ukur politeknik ni bagus ke tak? anak dia dah pernah masuk situ ke?' 'entahlah. cik pon tak tau nak cakap macam mana.' bagi aku lah kan, bagus tak bagus sesebuah institusi tu bukan kite yang tentukan lah.semuanya terletak kat individu tu sendiri. kalau malas belajar, komfem2 lah result tak elok. pastu, bila result tak elok, nak ngadu kat mak bapak yang tempat tu tak bagus. kepala lutut hang la. pandai2 je buat andaian sendiri. dasar diri sendiri tak usaha, nak salahkan orang lain pulak. semua tu terletak pada diri lah. janganlah pandai2 cakap kat orang lain tempat tu tak elok, tempat ni tak elok. macam meruntuhkan semangat orang tu nak belajar je. bagi aku, semua tempat menuntut ilmu tu bagus. nak menimba ilmu kan. lain lah kalau nak buat maksiat. yang tu memang sangat2 tak bagus. kepada mereka yang nak sambung belajar tu. kat mana2 pon elok, yang penting semangat dan usaha. okeh?
malaysia boleh!! yeah!!

Tuesday, May 24, 2011

menyauk ikan di parit banyak syok weh

Assalamualaikum.

Masa zaman korang kecik-kecik kan, pernah tak korang buat aktiviti tak berfaedah yang manakalau mak korang tahu, komfem-komfem kena libas guna tali pinggang hitam. tak pon, kena sebat guna rotan nipis yang panjang? Mesti pernah kan?

Aku ada. tangkap ikan guna sauk kat parit. Korang pernah? hehe

Jarak rumah aku dengan parit, tak da lah jauh bebeno. sekangkang kera je pon. Tak sempat nak berpeluh, dah sampai. Aktiviti sauk manyauk ikan ni paling seronok di lakukan bila lepas hujan. feel dia, peh! macam kau tangkap ikan guna jala tau. Padahal kedalaman dia tak sampai lutut pon.

Hasil yang aku dapat, tak da lah lumayan mana. Paling koman pon, dapatlah ikan seluang, ikan putih. Aku paling teruja kalau tetiba dapat anak ikan keli. Dia punya kegembiraan ikut macam kau dapat duit sehengget. Nak dapat ikan keli tu pon, ikut naseb dan masa gak. Kalau air cetek paras buku lali, jangan mimpilah nak dapat ikan best-best.

Ikan-ikan tu semua aku bawak balik dan aku letak molek-molek dalam balang. Siap ambil rumpai yang ada kat parit tu, konon-konon sebagai makanan ikan tu lah. Pastu, esok pagi nya, aku pon cek lah kesihatan ikan-ikan tu, tengok-tengok semua dah mati.

Peh! Penat-penat aku tangkap, dorang pergi bunuh diri pulak. Tapi aku tak give up macam tu je, petang tu jugak aku pergi menyauk lagi.muahaha

Banyak-banyak ikan kat parit tu, ada satu ikan ni, kau tangkap guna tangan pon, dah boleh dapat dah. Budak 4 tahun pon reti tangkap ikan ni. Aku panggil ikan julung-julung. Dia punya mulut panjang tak terkata. Aku syak ikan julung-julung ni adik beradik ikan todak lah. Panjang teramat. Tapi yang ni spesis kecik punya. Naseb baik lah muncung dia tak tajam. Kalau tak, tak da maknaya ktorang nak tangkap.

lebih kurang macam ni lah rupa ikan julung2 tu. tapi ekor ikan yang aku selalu jumpa tu lain sikit.

Tapi kan, macam tak thrill la kalau pergi parit setakat nak tangkap ikan julung-julung ni. Kena bahan je nanti weh. Baik korang duduk rumah tengok teletubies sambil makan jajan mamee monster tu.

Ada sekali tu, aku ondway nak pergi mengaji. Kebetulan lepas hujan. Apa lagi, aku dengan adik aku, laju-laju singsing seluar sampai paras lutut, pastu berjalan lah kitorang dalam parit tu. Nikmat dia, macam kau jalan kat kutub utara. Sejuk kemain. Siap ada kakak tu tegur macam ni.

‘weh, kau kalau dah angkat seluar paras lutut, tapi pakai tudung, macam tak gunalah. Baik kau tanggal je tudung tu. Duduk je dalam parit tu, tak payah pergi mengaji.’

Huh! Aku diam je lah. Nak melawan, pangkat dia kakak. Tapi dalam hati, ‘suka hati aku lah. seluar aku, bukan seluar kau.’

Masa dulu-dulu, aku suka je pergi mengaji pakai baju kurung dengan seluar. Tak guna kain. Pelik kan? Tapi aku tak rasa pape sebab bebudak lain pon pakai macam tu jugak. Dah macam trend tau.

Fuhh! Naseb baik lah, dulu-dulu aku tak ada mamat hensem lagi. Semua jenis-jenis yang comot lagi. kalau tak jatuh saham.

Sunday, May 22, 2011

bakal menantu dibelanja

hye you all~!! i got bad flu today. pfftt. ok semalam tengah hari my hubby datang rumah. sebab semalam aku nak pergi jumpa my hubby dekat utm, mak x bagi bawak kereta sorang-sorang. haishh.. so mak cakap, kalau nak jumpa sangat, suruh je iqbal tu datang rumah. aku dengan gembira nye call die and suruh datang rumah. die pun cakap perlukan internet and since wireless rumah aku laju, baik die datang rumah aku dari duduk kat starbuck tu. sampai-sampai je, main-main dengan tuan muda dulu pastu terus die bukak laptop. aku ingat die nak buat kerja tapi pergi main game online pulak. porachi! pastu mak aku balik rumah and cakap nak belanje my hubby makan dekat seoul garden, KSL City. sebab haritu my hubby tolong jadi bibik masa aqiqah asyriq. aku time tu da la tengah kenyang lagi sebab pagi tu aku da bantai breakfast mcD ( pancake, sausage mcMuffin, hashbrown and akak aku punye big breakfast sikit). rase rugi je makan breakfast. pfftt hancur diet! oh.. and asyriq dapat patung baru, patung upin. beli dekat KSL city. die sekarang kalau tengok citer upin ipin nanti die ketawa je. haha my hubby main cak-cak gune patung upin pun die boleh ketawa. comel!
my hubby dengan bakal anak buah die.. haha
asyik main game je kerje die.
balik rumah je, my hubby terus sambung main game die. aku pulak bosan tengok die main game, aku sambung tengok cerite korea ( iljimae) sampai la pukul 6. mak aku suruh aku dengan hubby aku kept the secret yang we all makan dekat soeul garden dari adik aku. kalau adik aku tau yang kitorang makan dekat SG, habis la 1 rumah die mengamuk. hahaha
patung upin baru untuk asyriq
die main game, aku tengok iljimae. ouh lee jun ki!
kucing gemok ni pun ade.
asyriq fikri @ tuan muda
ok that's all.. we had fun yesterday. and today, we will meet again at utm! yay!!
tengah nak amik gambar pun sempat main game.
p/s: xnak balik utm! xnak balik utm! to all accounting students utm, wishing all of you "welcome back to utm" haha.. selamat ber- short semester you guys! tulis entry cikit je sebab xtahan flu yang teruk giler.
xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...