Terima Kasih Awak

eerrr...

Monday, May 30, 2011

perkara yang kalau aku buat mak pasti marah sampai keluar bunyi ggrr~

assalamualaikum. morning semua. apa jadual korang hari ni? aku ada klas macam biasa. orang lain sibuk bercuti semester sambil cari kerja part time nak tambah pendapatan, aku and the geng kena pergikelas menimba ilmu demi segulung ijazah! cewah, kemain lagi. okeh. korang biasa tak buat habit yang bila korang buat je mula lah mak korang membebel tak ketentuan hala. mesti ada kan? aku ada banyak, tapi aku listkan tiga je la ea. lets check it out~ habiskan makanan kat pinggan sampai licin berkilat, pastu baru tambah nasi baru ha, aku selalu sangat buat habit ni. bila nasi yang terakhir dah disuap masuk ke dalam mulut, barulah hati ni terdetik nak tambah nasi lagi. padahal aku dah sendawa dekat dua tiga kali jugak lah. agak tak senonoh kan? ish2 anak sapa la ni. lagipon kan, sebenarnya lauk yang mak aku masak sedap sangat. tak sampai hati kalau tak tambah lagi. wuuu~ makan sambil menatang pinggan kalau makan sambil ngadap tb, lagi2 masa tengok cerita melodi yang sensasi tu, aku pasti akan tertatang pinggan tu secara tak sengaja. bila dah abes makan baru perasan rupanya jarak pinggan aku dari lantai jauh bebeno. tu lah, syok sangat tengok melodi. eh, korang tau kan apa tu menatang pinggan? alah, kita makan sambil angkat pinggan tu. kira kalau korang makan bersila tak letak pinggan tu kan lantai. faham kan? bagus~ baring meniarap sambil angkat kaki 90 degree habit yang ni pon aku selalu tak sedar aku dah terbuat. biasalah kan bila dah baring maniarap sambil buat homework tu, pasti kaki naik sendiri. bila tetiba terdengar suara ala2 ning baizura menjerit2 'kak, turunkan kaki tu lah. nak kena potong ea?'. masa tu, barulah aku sedar yang kaki aku dah tak selari dengan badan. patotnya mak aku bebelkan kaki aku tu je, bukannya aku. dia yang nak naik sendiri.aku tak da suruh pon. muahaha bukan aku tak pernah tanya mak aku, apa pasal mak aku beria2 marah. padahal bukan apa lah sangat kan. balik2 mak aku akan cakap macam ni. 'tak elok lah buat macam tu. dah orang tua cakap tak elok, tak elok lah. degil betul budak ni tau.' 'ala mak, mesti ada sebab yang spesifik kenapa tak boleh buat macam tu kan.' 'dah nenek kau pesan, cakap tak boleh, tak boleh lah. mak pon dah pernah kena marah tau sebab tanya macam ni dulu2.' 'oooo...' 'lagipon, kan tak manis kalau di pandang orang. lagi2 kau tu anak dara. aish. faham?' 'faham mak.' hehehehe.

14 Orang berkata:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... [Reply]

apa mak cakap dengar sbb adalah sebabnya tu hehe

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

cik betty : hehe, baik lah kak, kite dengar cakap mak nanti, :)

Ummi Alesya Sofea said... [Reply]

hihihi,dgr nchat mak tu..jgn degil2,klu x mau dgr jgk nnt akak suruh mak pulas telinga sampai t'cabut..ngeh3,amacam..kejam x?:P

Fiizya Aurora said... [Reply]

nak tgk kl gangsters erk..minat Aaron Aziz erkkk...tungguuu..!!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply]

apa yang ko list kan tu memang selalu aku wat.. hahaha.... selalu wat bile mak aku xde la... :)

Khairil said... [Reply]

huhu..lama tak dengar mak meleter..rindu la...

osHin said... [Reply]

orang tua2 kata kalau kita angkat kaki camtu masa meniarap nnti orang tua kita pergi cepat..huhuhu...wallahualam...

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

ummi alesya : tak takut pon kak, hehe :)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

fiizya aurora : minat biasa2 je, nak tengok sebab macam seronok!! hihi :)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

taufik : haha, ingatkan berani sangat,

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

khairil : ni mesti masa kecik2 nakal kan, tu yg selalu kena leter, hehe

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

oshin : yeke, tak pernah dengar pon pasal yg tu, mintak dijauhkan lah, huhu

el-janna said... [Reply]

betul tu.hehe samela mak awk dengan mak kit :)

anismelon said... [Reply]

kalo anis dolu..maktok ckp angkat kaki cam toh nnt mak kite cpt meninggal..xtau la btl ke x..weee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...