Terima Kasih Awak

eerrr...

Sunday, May 15, 2011

eh, ni garis senget la kak, bukan garis lurus

Assalamualaikum.

Hai semua!!

Macam mana hidup korang semua hari ni? Serabut? Kucar kacir? Bahagia? Aku komfem2 lah seronok dan bahagia. Yela, tiap2 hari tak payah nak kusutkan kepala otak fikir nak makan apa hari ni. Hehe

Hari tu, aku ada tanya soalan kat abah aku. Macam ni la soalan dia. Aku terbaca soklan ni kat sini.

*Correct this formula with a single stroke :

5 + 5 + 5 = 550

Tapi aku tak lah cakap omputeh. Bukan abah aku paham sangat. So, aku translate dalam bahasa melayu je lah.

‘abah, cuba abah betulkan formula ni, dengan letakkan satu garis lurus je’

Abah aku pon dok kerut2 muka. Tarik kening kanan ke atas sikit. Tu tanda dia berfikir dengan seriusnya.

Dalam 15minit lepas tu, aku pon serender la. Cakap kat abah,

‘abah dapat tak jawapan nya?’

‘tak pon. Penat fikir dah.’

‘meh la akak bagitau. Camni la jawapan dia.’

Aku pon letak lah garisan kat atas tambah tu kan. so, dia jadi nombor 4. Kalau ikut logic, komfem2 lah betul kan? Tapi, abah aku sebolehnya, tak nak mengaku kalah. Dia kata,

‘ni bukan garis lurus kak. Kalau garis lurus kan menegak ke atas atau ke bawah dan garis melintang ke kiri atau kanan je. Kalau macam tu dah di panggil garis senget.’

‘hahahaha. Abah, kan tu garis lurus jugak. Bukannya garis tu ada bengkang bengkok.’

‘mana ada garis lurus. Ni kalau bawak pergi peguam, akak kalah tau’

‘hahaha. Dah lah abah. Abah yang tak dapat jawab, nak cakap pasal peguam pulak. hehe’

Bla bla bla...

--------------------------------------------

Adalah dekat 5 minit aku dok bertekak dengan abah. Muahaha tapi aku tetap dengan pendirian aku yang garis tu garis lurus.

Korang rasa, tu memang bukan garis lurus ke? Ke aku yang salah translate ek? hihi >.<

9 Orang berkata:

kay_are said... [Reply]

yang tu bese orang panggil slash je.. hee tapi memang interesting soalan tu

Izyan Masri said... [Reply]

JAPJAP.NAK KOMEN PASAL HEADER...ANYONYONYO.COMEL HEADER BARUUU.JELES :D

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

kay_are : ala, lebih kurang je tu kan. ;p

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

izyan : hehe, biasa je tu. tetibe jadi kecik plak header nya. kena oter balik. ;)

HAJAR hasan said... [Reply]

err.. hajar nk ckp tu garis senget jgk! sebab x dpt jawab. weee~ :)

Anonymous said... [Reply]

terbaik la header dayah..okla tu ^^

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

hajar : cis, dia p geng ngan abah kite plak, :(

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

cik anon : kalau korang tak suka gambar tu, korang cakap aku ganti pic lain, :)

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said... [Reply]

pening ahahahah ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...