Terima Kasih Awak

eerrr...

Friday, May 20, 2011

tragedi di majlis doa selamat

assalamualaikum.

Ini kisah tiga tahun lepas. 10 mei 2008. Hari sabtu. Tak silap aku.

Pagi itu :

Aku dan mak aku sedang sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk majlis doa selamat aku untuk sambung belajar ke kolej matrikulasi. Beraneka juadah mak aku sediakan. Pulut kuning, mee tauchu, kuih muih yang sedap-sedap. Memang terliur lah kepada sesiapa yang memandang.

Petang itu :

Aku dan mak aku menunggu kehadiran saudara mara aku. Hanya keluarga terdekat sahaja yang kami jemput. Cukuplah sekadar memeriahkan majlis. Selesai doa di bacakan oleh nenek aku, maka acara makan-makan pon bermula. Waktu itu, semua insan bergembira menikmati hidangan yang telah di sediakan. Tiba-tiba datang seorang perempuan yang aku kenali ke rumah dengan menaiki motorsikal.

‘assalamualaikum.’

‘waalaikumussalam.’

‘eh, cik limah ada anak lelaki kan?’

‘aha, memang la da. Kenapa?’

‘betul kan dia ada anak lelaki? budaknya kecik-kecik je?’

‘ha, yela. Memang ada. Tapi kenapa?’

‘kite rasa budak yang accident tu anak cik limah la.’

‘ha? Kat mana?’

tanpa sempat menyarung selipar, mak aku terus naik membonceng motorsikal temanku ke tempat kejadian. Raut wajah mak aku kelihatan gelisah. Aku terus mencapai kunci motor dan mengekori dari belakang.

Sampai di tempat kejadian, aku lihat motor yang adik aku tunggangi, sudah tidak kelihatan seperti motor. Mak aku pula sedang memeluk erat adik aku yang no 4 itu. Penuh darah di muka dan dan kaki nya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mak tika itu.

Aku fikir hanya dia seorang sahaja yang terlibat. Rupa nya,adik aku yang bongsu turut bersama accident pada waktu itu. Nasib baik, adik yang bongsu tidak apa-apa. Lantas, sepupu aku yang pada waktu itu memandu kereta terus membantu menghantar adikku ke hospital.

Setelah bertanya kepada mereka yang menyaksikan kejadian tersebut, rupanya adik ku telah di langgar oleh seorang perempuan yang juga jiran sekampungku. Yang paling aku tak puas hati. Adik aku punyalah teruk jadi mangsa, orang yang melanggarnya, hanya sibuk memikirkan HENPON nya yang hilang. Aku macam nak cekik-cekik je pompuan tu masa tu. Apa entah yang penting sangat.

Pada keesokkan harinya, hanya abah ku dan adik lelaki ku yang no 3 sahaja yang menemaniku menghantar ke matrik. Tidak tergamak rasanya hendak meninggalkan adikku yang kemalangan seorang diri di rumah.

Sepatutnya, hari yang bahagia dan indah itu akan berakhir dengan gelak ketawa, namun hanya kesedihan yang menghantui keluarga kami. Nasib baik bukan nyawa adikku yang melayang.

2 Orang berkata:

MizzTina said... [Reply]

kesian adik awak tu.. pempuan tu gelabah sgt...haha

Rina Rahamat said... [Reply]

carik henpon ilang sbb nak call ambulan kot..

mujur adik kamu selamat..alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...