Assalamualaikum.
Masa zaman korang kecik-kecik kan, pernah tak korang buat aktiviti tak berfaedah yang manakalau mak korang tahu, komfem-komfem kena libas guna tali pinggang hitam. tak pon, kena sebat guna rotan nipis yang panjang? Mesti pernah kan?
Aku ada. tangkap ikan guna sauk kat parit. Korang pernah? hehe
Jarak rumah aku dengan parit, tak da lah jauh bebeno. sekangkang kera je pon. Tak sempat nak berpeluh, dah sampai. Aktiviti sauk manyauk ikan ni paling seronok di lakukan bila lepas hujan. feel dia, peh! macam kau tangkap ikan guna jala tau. Padahal kedalaman dia tak sampai lutut pon.
Hasil yang aku dapat, tak da lah lumayan mana. Paling koman pon, dapatlah ikan seluang, ikan putih. Aku paling teruja kalau tetiba dapat anak ikan keli. Dia punya kegembiraan ikut macam kau dapat duit sehengget. Nak dapat ikan keli tu pon, ikut naseb dan masa gak. Kalau air cetek paras buku lali, jangan mimpilah nak dapat ikan best-best.
Ikan-ikan tu semua aku bawak balik dan aku letak molek-molek dalam balang. Siap ambil rumpai yang ada kat parit tu, konon-konon sebagai makanan ikan tu lah. Pastu, esok pagi nya, aku pon cek lah kesihatan ikan-ikan tu, tengok-tengok semua dah mati.
Peh! Penat-penat aku tangkap, dorang pergi bunuh diri pulak. Tapi aku tak give up macam tu je, petang tu jugak aku pergi menyauk lagi.muahaha
Banyak-banyak ikan kat parit tu, ada satu ikan ni, kau tangkap guna tangan pon, dah boleh dapat dah. Budak 4 tahun pon reti tangkap ikan ni. Aku panggil ikan julung-julung. Dia punya mulut panjang tak terkata. Aku syak ikan julung-julung ni adik beradik ikan todak lah. Panjang teramat. Tapi yang ni spesis kecik punya. Naseb baik lah muncung dia tak tajam. Kalau tak, tak da maknaya ktorang nak tangkap.
lebih kurang macam ni lah rupa ikan julung2 tu. tapi ekor ikan yang aku selalu jumpa tu lain sikit.
Tapi kan, macam tak thrill la kalau pergi parit setakat nak tangkap ikan julung-julung ni. Kena bahan je nanti weh. Baik korang duduk rumah tengok teletubies sambil makan jajan mamee monster tu.
Ada sekali tu, aku ondway nak pergi mengaji. Kebetulan lepas hujan. Apa lagi, aku dengan adik aku, laju-laju singsing seluar sampai paras lutut, pastu berjalan lah kitorang dalam parit tu. Nikmat dia, macam kau jalan kat kutub utara. Sejuk kemain. Siap ada kakak tu tegur macam ni.
‘weh, kau kalau dah angkat seluar paras lutut, tapi pakai tudung, macam tak gunalah. Baik kau tanggal je tudung tu. Duduk je dalam parit tu, tak payah pergi mengaji.’
Huh! Aku diam je lah. Nak melawan, pangkat dia kakak. Tapi dalam hati, ‘suka hati aku lah. seluar aku, bukan seluar kau.’
Masa dulu-dulu, aku suka je pergi mengaji pakai baju kurung dengan seluar. Tak guna kain. Pelik kan? Tapi aku tak rasa pape sebab bebudak lain pon pakai macam tu jugak. Dah macam trend tau.
Fuhh! Naseb baik lah, dulu-dulu aku tak ada mamat hensem lagi. Semua jenis-jenis yang comot lagi. kalau tak jatuh saham.
10 Orang berkata:
haha..akak dulu sauk berudu... tgk mcm mn dia jdi katak..
Sauk berudu xstyle la kak, sng sgt, hehe
hahahaha dik pakai baju kurung ngan suar tu sama lar ;p
trend kan!
ha..ha... tringat ksah kcik..
main suk ikan,.,tangkap hari ni..esok dah mati...!!
Sis pinky : betul2! Lgp0n, pkai kain leceh la kak, hehe
Sobri yaacob : ble mati, sauk lg, haha seronok!
belakang umah aku memang ade parit yang banyak ikan.. tapi aku suka tangkap ikan... :)
...anak ikan keli chumil sgt...kadang2 sauk ikan laga...kadang2 mancing ikan kat parit...best kecik2 dulu...fasyen kita p ngaji mcm sama ja...hikhikhik
tak suke tangkap ikan sebab kat rumah tak ada ikan yang nak ditangkap. hehe.
ini kelaka...dlu penah tangkap berudu..geli.bila ingat2 balik..yg pkai bju kurung ngan suar lom penah lagi.hehehe...
Post a Comment