Aku dah lama suka padanya. Gayanya, wataknya, penampilannya semuanya menarik pada pandangan mataku. Kami dah lama berkawan, mesej, call, itu perkara biasa tapi..hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Dia pernah cerita tentang perempuan yang dia suka kepadaku. Walaupun hati ini sedikit terguris tapi aku tetap mendengarnya kerana aku tidak mahu kehilangannya. Malah aku sendiri mengajar cara untuk memikat si gadis. Biarlah kami sedakar teman biasa yang penting aku sentiasa tahu mengenai dia.
Perhubungan kami semakin rapat. Aku tidak tahu sama ada dia sudah ada yang punya atau belum. Yang aku tahu perempuan yang dia suka tu tidak membalas cintanya. Hubungan kami sangat rapat sehingga kadang kala bibit-bibit manja itu timbul dalam perbualan. Hati ini mula rasa berbunga-bunga. Rasa bagai perasaan yang lama terpendam ini disambut baik olehnya. Tetapi tatkala aku dibuai rasa nan indah itu aku sering disedarkan dengan tamparan yang hebat. Ada saja cerita mengenai dia yang aku tahu dan cerita itu amat menguris hatiku. Dengan itu aku tahu yang cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Dia seorang yang baik. Baik terhadap semua orang, baik terhadap semua perempuan. Mungkin kerana sikapnya sebegitu yang telah menarik hati ramai perempuan untuk jatuh cinta kepadanya.
Aku tahu sikapnya, aku kenal dia, tapi mengapa aku masih suka? Hati ini walau berkali ku halang tapi tetap degil. Masih ingin berharap sedangkan aku tahu dalam hatinya tiada sedikit ruang pun untuk ku. Aku sedih. Sering kali aku kecewa sendiri. Aku tiada cara lain selain berusaha menjauhinya. Biarlah aku kehilangannya sebagai teman, aku sudah tidak sanggup untuk menahan perasaan ini. Aku bimbang jikalau dia dapat tahu perasaan aku dia akan menjauhkan diri dari aku. Biarlah aku menghilang buat sementara waktu. Bila hati ini dah cekal dan kuat, aku akan berhubung dengannya semula.
Dalam proses menjauhi, ternyata dia tidak kisah dengan ketiadaan aku. Walaupun hati ini sedih, biarlah. Aku perlu kuat, baik sedih sekarang dari terseksa kemudian. Aku percaya hatinya sudah di isi. Hati aku yang dipenuhi dia ini harus lah dipadamkan dan perlu dibuka untuk orang lain yang sudi menerima aku. Aku perlu tenang dan tidak terlalu memikirkannya kerana aku pasti seandainya masih ada cinta..dia tetap akan menjadi milikku…
1 Orang berkata:
sapa yang tulis????? kompius! kompius! macam tuutt ada... macam teeett ada... macam tiiiittt pun ada... hahaa sape kau???
Post a Comment