Terima Kasih Awak

eerrr...

Saturday, June 25, 2011

Cinta itu buta..betul ke?

Org slalu ckp biasa lah cinta itu buta tp hakikatnye betul ke cinta itu buta.
Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela hensem mane pun, dan jawapannya “saya xkesah pun dia hensem ke x yg penting dia baik dengan saya.”
Bila ditanya kenape awak suke dia sedangkan dia xdela kaya pun, dan jawapannya “ saya xkesah pun dia kaya ke x yg penting dia ikhlas dengan saya.”
Bila ditanya kenapa awak suke dia sedangkan awak tahu dia player, dan jawapannya “ saya xkesah dia macam mane pun yg penting saya sayang dia dan dia sayang saya.”
Benarkah begitu? BS! Mungkin sebulan dua bulan couple boleh la tahan atau paling lame pun setahun dua tahun tapi boleh ke tahan sampai seumur hidup bersama? Boleh ke sampai ke jenjang pelamin? Seandai boleh pun, mampukah masjid yg dibina kekal hingga ke akhir hayat?
Kalau benar cinta itu buta, seandainya wujud seseorang yg lebih sempurna dari pasangan korang, lebih dari segi paras rupanya, lebih dari segi pelajarannya, lebih dari segi hartanya, lebih dari segi imannya, lebih dari segi personalitinya, yg manakah yg akan korang pilih? Tepuk dada tanya lah hati. Manusia hanya dibutakan dengan cinta.
Untuk mencari pasangan hidup kite perlu pandai memilih dan menilai. Bukan untuk mendiskriminasi semata tetapi untuk menjamin kehidupan kita dan anak2 kita kelak. Jika lelaki tidak berduit dan tidak bekerja, cinta saja tidak boleh menyara keluarga. Jika lelaki tiada ilmu agama, cinta saja xkan membina keluarga sakinah. Jika lelaki species pencinta wanita, cinta saja xkan dapat mengembirakan dan menenangkan hati. Fikirlah sedalam-dalamnya kerana pasangan hidup bukan macam couple, xsuke boleh clash, tp once dah bina masjid adalah berdosa jika meruntuhkannya. Tp kita juga perlu ingat untuk mencari yg baik, yg sempurna dimata kita, kita juga perlu la berusaha ke arah itu, Allah menjanjikan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, jadi kita perlu lah menjadi baik untuk mendapatkan yg baik. Lelaki juga telah diberitahu untuk memilih wanita kerana 4 perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Renung2kan, selamat beramal.

5 Orang berkata:

Mehmed - said... [Reply]

kita ada pilihan.tapi kadang2 dia buta. sampai mana cinta itu bertahan, tu terserah pada takdir tuhan.kita rancang memang bagus tapi akhirnya Dia yang tentukan.jangan nafikan. ops! itu aku rasa. Ahaks!

SayaAnim said... [Reply]

yes benar..

tapi kite pon harus pandai memilih...

:)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

mehmed : ye betol2 :)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

anim : ye perlu pndi memilih :)

tim_fs said... [Reply]

mmg btul..tp kita dberikan pilihan utk pilih yg terbaik..perghh nanges!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...