Terima Kasih Awak

eerrr...

Tuesday, April 26, 2011

lelaki merokok, cool ke?

Assalamualaikum.

Ingat dorang yg merokok ni nampak macho sangat ke bila sedut asap, pastu hembus. sedut lagi, hembus lagi. Selagi rokok sekotak tu tak habis, selagi tu la asap dok berkepul2 kat kepala dorang. Ha tuih. Tak cool langsung ang tau dak.

'apa barang jadi lelaki tak merokok. wa merokok sebab wa ada bran. lu apa ada.'

Terus terang aku cakap aku memang tak suka lelaki merokok. Dorang tak tau ke tar, nikotin metana, karbonmonoksida yg ada dalam rokok tu boleh bawa maut? Macam2 penyakit tau dorang boleh dapat. Bala ni bala.

Penat je kerajaan keluarkan duit buat iklan ‘tak nak merokok’ tu. Tapi, semua buat dek je. Baik duit tu kasi aku je buat makan2 ke kan. Belanja korang eskrim cokelat ke. Kan?

Ekceli, dalam family aku, abah aku merokok tau. walau aku tak suka macam mana pon, terpaksa lah tahan kan bile abah aku sedut, hembus, sedut, hembus. Mak aku cakap, dulu2 abah aku tak merokok pon. After kawen baru dia merokok. Aku agak sebab abah aku buat kerja2 berat. Bukannya aku tak pernah tegur, bile dah tegur, korang tau ape abah aku cakap?

Aku : abah, kenapa abah tak nak berhenti merokok? Kan tak elok. nanti kan dapat penyakit.

Mula2 abah aku diam je. Aku ingat dia nak marah aku ke hape. Lama sikit baru dia balas,

Abah : cuba kalau abah tak bagi akak duit beli topup. Macam mana?

Aku : ???

Pulak dah. Ape kaitan hisap rokok dengan topup lak ni. Aku malas nak tanya balik. Kang di katanya aku menjawab pulak. -_-‘

Sampai sekarang aku tak tau ape kaitannya. Ada tak sesiapa yg tau? Tell me, tell me.

24 Orang berkata:

mizzkechique said... [Reply]

lelaki merokok ni ibarat bakar duit sendiri..

tqahmisdar said... [Reply]

kononnya tak merokok tak boleh hidup la tu..

kalau kite, takde topup tak boleh hidup..ngee..

tapi tak suka bau rokok..sakit idung..huhu

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

MK : betul2. dah la bakar duit, pastu bakar diri.

si ngokngek said... [Reply]

kalau lelaki rokok memnag benci..btw ayah saya pun merokok..derm..takleh kta pa,..nanti bila menjawab rumah jadi court pulaks

mizzkechique said... [Reply]

haha..bakar diri tuu..

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

tqahmisddar : asap tu boleh sesakkan nafas kan.

pasni, kena pakai topeng jerebu la. hehe =)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

si ngokngek : haha. sesekali jdi court, syok jugak pe. tegakkan kebenaran! cewah, haha :)

Farhan Zulhusmi said... [Reply]

bukan cmtulah...
septutnya...cmnie...apa kata kamu belikan abah rokok..cuba buat...belikan n then letak sebelah dy..wt cm tu hari2..nanti mesti dy yg tanya...;-)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

MK : tp kalau abah kite bakar diri, sianlah kat mak kite nanti. tak sanggup~ hehe

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

farhan : makin abah kita suka adalah. dia tak susah2 nak p beli. hehe :)

dwaty said... [Reply]

kan dah kena sebijik... tapi serious... saya pun tak suka perokok... tapi.... tunggu entri saya pasal rokok durjana ni... hehehehe

zieha hisham said... [Reply]

teheee betul jugak ekk kalau tak pat duit beli topup hadoihhh fah ketagih jugak tu macam org tak pat rokok .
papepon , zieha pon tak suke smoker nie .
^^ tak COOL langsung !

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply]

huhu.. pasal merokok ni sungguh subjektif la... hehe.. aku pernah wat entry pasal rokok sbelum ni..

PATUT KE BERHENTI MEROKOK
BERHENTI MEROKOK ATAU "BERHENTI BELI ROKOK"

nelly said... [Reply]

tak cool langsung ~

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

dwaty : kalau boleh nk bagi beribu bijik, haha :)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

zieha : masa kecik2 yela kot ketagih topup,
da besa ni, ketagih 0n9 plak, hehe ;)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

taufik : bagi org laki mesti ada reason sendiri kan,

dah bace dah, hehe ;)

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

nelly : haha =)

hanim azhari said... [Reply]

hurrmm..susah gak klu nk ckp bab2 rokok ni..anim pon xsuke gak lelaki merokok..sekarang pon pompuan da rmi yg merokok huhu

kAmi dAn mEreKa said... [Reply]

hanim : pompuan merokok tu mmg da tak sayang diri agaknye kan, :)

Izyan Masri said... [Reply]

LELAKI RAMAI TAK SEDAR YANG DNGAN BELI ROKOK,DIORANG BOLEH MEMBZAIR RATUS ATAU RIBU SEBULAN.LAGI2 YANG KUAT MEROKOK TU.KAN ELOK KALAU DUIT TU BUAT BELANJA ANAK BINI.XD

chenta nana said... [Reply]

serius lawa gila header u...... suka2... btw, salam kenal dari nana ya

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said... [Reply]

ahahahaha abah guna reverse psiko..
maknanye rokok itu perlu utk dia la dik ;)

tapi pkcik rokok tu bucuk hukhukhuk

Woofer Storm said... [Reply]

sy tak merokok..suka tak?heheeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...